first skali, korang kene la tahu ap jenis darah korang an.. lau tak buat ap korang na check.. tol ta???
ok2 no cot cet cot cet ag k...GO! hihihi
KAMU BERDARAH A:
Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu atau bapa dan pasangan yang baik. Hal ini kerana kamu boleh membuat keputusan dengan bijak dan menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu tegas dalam urusan kerja dan tidak suka membuang masa. Selain menepati masa, kamu tidak suka orang yang bersikap sambil lewa. Namun, kamu sering mengabaikan kesihatan dan selalu sakit. Segeralah berubah untuk lebih mencintai tubuh kamu. Jangan takut untuk melakukan perubatan kerana ia untuk masa depan kamu juga. Kamu juga seorang yang degil dan akibatnya, kamu tidak suka mendengar pendapat orang lain. apa yang kamu tahu hanyalah diri kamu sahaja. Selaindaripada seorang yang mementingkan kesihatan, kamu seorang yang adil dan tidak suka berpihak pada sesiapa. Kamu boleh menjadi orang tengah yang baik.
KAMU BERDARAH B:
Kamu dahagakan perhargaan. Bagi kamu, orang perlu tahu apa yang kamu lakukan. Seorang yang suka mencari perhatian, kamu kadang-kala kelihatan terdesak namun masih boleh dikawal. Kamu seorang yang trendy dan suka bersosial. individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu juga seorang yang happy go lucky dan suka berkawan. Kamu juga seorang yang terkenal dan menjadi perhatian dalam kalangan teman-teman. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman-teman dan bijak membawa diri. Kadangkala, kamu agak ego namun kerana kamu sangat mempesona, teman tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang BOROS! Nafsu berbelanja kamu sangat melampau. Boleh jadi kerana berbelanja, kamu tiada simpanan untuk masa depan langsung. Cuba kawal perbelanjaan kamu dan kawal sedikit sikap peramah kamu itu. Mungkin ada orang lain yang tidak senang dengan sikap ringan mulut kamu itu.
KAMU BERDARAH O :
Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat-cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Jangan sampai ada yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kamu itu. Kamu seorang yang tidak kisah dengan keadaan sekseliling. Pendek kata, kamu seeorang yang tak up to date lah. Begitu juga dengan penampilan kamu. kamu kurang gemar untuk bergaya. Tidak mahu mengikut arus semasa, kamu agak konservatif. Pemikiran kamu juga agak kolot dan kamu bukan seorang yang tebuka. Namun, kamu seorang yang cergas berfikir. Ada sahaja idea bernas yang lahir daripada fikiran kamu. Dari sudut cinta, kamu seorang yang cukup menawan. Ramai yang tertarik dengan kamu kerana daya penarik kamu. kamu juga seorang yang panas baran dan pantang dicabar. bukanlah seorang yang penakut, kamu terkenal dengan sikap berani. Nampak sahaja lembut kannn... Hah, jangan main-main dengan kamu ye. Oops, kamu jugan nampak sombong, kadangkala biasakanlah diri dengan senyuman kerana kmau pasti kelihatan ceria dengannya.
KAMU BERDARAH AB :
Kamu seorang yang cerdas. Kamu bijak membuat keputusan dan seorang yang relevan. masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu gunakan untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti-aktivitti baharu. Pada kamu, masa itu emas dan tidak wajar disia-siakan. Kamu seorang yang menghargai diri dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Sifat cool adalah milik kamu. Jarang sekali untuk melihat kamu panas baran. Kamu lebih suka berdiam diri dan memendam rasa jika ada apa-apa yang berlaku. Dari segi percintaan, ramai yang meminati kamu tetapi takut untuk mendekati kamu. Kamu ada masalah badan berbau ? oh, cepat-cepat atasinya. Jangan sangka kamu terlalu berani kerana kamu seorang yang penakut sebenarnya. Jangan terkejut kerana kamu seorang yang kuat cemburu!!!! aduh, kesian pada pasangan kamu kerana perlu memberitahu sgala pergerakannya terlebih dahulu pada kamu. Sikap sayang yang terlalu menebal pada pasangan sangat dipuji tetapi kurangkan cemburu tuu sikit yerrr.
suda lihat ??? mesti ad an darah2 uolz.. heheh, ini adalah tafsiran sahaja yaa... jgn dipercaya sgt dehh...
oke... sasa hope uolz ta juling la bce blog sasa ini oke..
sayang uolz...
0 Lemak TerkOmpOL:
Post a Comment